Thursday, 4 January 2018

Tahun Baru, Cara Baru

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018!!!

Dah masuk tahun baru. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk memberi khidmat di dunia ni.  Azam tahun baru? Tak buat macam tahun-tahun sebelum ni. Tulis sebiji-sebiji apa nak capai tahun ni. Tak buat gitu dah. Apa yang dibuat lebih kepada perancangan. Sebab dah banyak baca buku, dah banyak dengar ceramah pasal azam ke, misi ke, matlamat ke. Apa yang penting sekali adalah kita perlu memulakan langkah ke arah apa yang kita nak. Kalau setakat tulis tahun ni nak dapatkan itu dan ini tetapi lepas tu masih lepak dan tak tau nak buat apa, tak guna jugak kan? Itu lah aku suatu ketika dahulu. Sedih!

Jadi apa yang perlu dibuat? Rancang aje aktiviti yang akan kita lakukan. Contoh, aku nak dapat kesihatan optimum pada tahun ni, tak ada sakit-sakit yang berat dan sentiasa bertenaga untuk lakukan apa saja yang perlu aku buat. Maka, apa yang perlu aku lakukan pada bulan pertama ni? Pecahkan kepada langkah yang lebih kecil. Apa perlu buat setiap minggu? Apa perlu buat setiap hari? Aku dah tahu orang yang bergerak sebanyak 10,000 langkah sehari akan sihat. Jadi, boleh tak aku buat itu terlebih dahulu? Kalau tak boleh 10,000 langkah, mulakan dengan 1,000 langkah dulu. Kemudian esok boleh tambah. Macamana? Setiap hari kena hantar anak sekolah. Kalau boleh, parking kereta jauh sikit dari pintu masuk sekolah. Boleh la jalan lebih sikit. Dan begitu lah seterusnya. Fikir, rancang apa nak buat dan lepas tu buatlah. Jangan tak buat pulak. Haha.

Memang sekarang ni tengah laksanakan beberapa perkara untuk jadikan ia sebagai tabiat supaya dapat capai apa yang nak dicapai pada tahun ini. In sya Allah. 

No comments:

Post a Comment