Monday, 16 May 2016

Program Untuk Kuruskan Badan - Hari Pengenalan

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Gambar: simpanan peribadi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Lamanya tidak menulis disini. Sibuk dengan urusan dunia huhuhu. Ni pun nak bercerita hal dunia la jugak.

Hari ni merupakan hari pertama bagi program "Conquer the Mental Battle" kelolaan Aizat Razak, ikon JK1M (Jom Kurus 1 Malaysia) yang kelima. Ada orang belanja ibu masuk program ni, alhamdulillah.

Hari Ahad lepas diadakan taklimat pengenalan kepada program. Sebelum taklimat dimulakan, kami dah pun dibawa untuk buat senaman "warm up". Senaman ringkas aje. Macam pengenalan kepada exercise lah. Tapikan sebenarnya amalan ni sangat elok dilakukan. Sebab bila kita dah warm up, sepanjang taklimat tu kita tak mengantuk. Ada lagi kebaikannya, tapi yang tu ibu cerita kemudianlah.

Ibu sangat suka dengan tagline program ni iaitu "Change your mind, change your body". Memang selari sangat dengan apa yang ibu tengah pelajari dan praktikkan sekarang ni iaitu berkenaan minda bawah sedar. Yang ni pun nanti lah ibu ceritakan.

Semasa taklimat dijalankan, kami diminta untuk menulis matlamat utama kenapa kami ikut program ni. Sudah tentulah matlamat yang satu adalah untuk turunkan berat badan atau untuk kurus. Tetapi kalau diusul lebih lagi, tujuan utama untuk kurus tu adalah untuk apa, barulah dapat matlamat yang paling utama. Bagi ibu, matlamat ibu adalah untuk TINGKATKAN STAMINA. Sebab? Sekarang ni naik tangga satu tingkat pun dah mengah. Nak mengurus rumahtangga pun cepat penat. Itu lah sebab utama kenapa ibu nak ikut program ni.

Kami diajar mengira jumlah kalori harian (DCR) yang kami perlukan dan kadar metabolisme (BMR) badan. Ada formula untuk tahu semua ni. Boleh google :) Dan kami juga diberi formula untuk kira berapa kg yang boleh kami turunkan untuk jangkamasa 6 minggu ni nanti berdasarkan BMR dan DCR yang diperolehi tadi. Kalau rasa tak puas hati dengan kiraan tu, bolehlah kita buat sesuatu nanti untuk ubah mengikut kehendak kita. Contoh: Ibu punya kiraan dalam masa 6 minggu ibu hanya boleh turun sebanyak 1.5 kg sahaja. Tapi target ibu adalah untuk turunkan sekurang-kurangnya 3 kg. Jadi apa yang ibu boleh buat adalah tingkatkan BMR atau kurangkan DCR. Ikut pandailah :)

Kami juga diminta untuk buat perancangan pemakanan untuk 1 minggu pertama. Yang bestnya, dalam program ni kami diminta makan 6 kali sehari. Makanan yang dimakan akan dicatit setiap hari untuk coach buat pemantauan. Jika tidak sesuai, nanti kami akan diminta tukar. Yang penting sekarang ni adalah bagaimana makanan itu disediakan dan jenis makanan yang diambil berserta jumlah atau portion yang diambil. 

Biasa dengar kan makan segenggam nasi? Itu lah yang disarankan untuk kami bila nak makan nasi. Ambil segenggam sahaja. Selebihnya lauk dan sayur-sayuran. 

Ok lah, cukup lah dulu untuk pengenalan. Pakar pemakanan ada menyarankan kami membuat jurnal perjalanan kami sepanjang 6 minggu ni. Jadi, in sya Allah, blog inilah yang akan jadi jurnal ibu. 
Esok ibu sambung dengan jadual pemakanan pulak ya. 

Assalamualaikum.



6 comments:

  1. Wan... akak ni, kalau kurang makan sehari jer... turun sekilo... tak tau la penimbang akak tu... giler ker apa ...

    Apa pun, kalau nak turunkan berat badan, dalam bulan posa ni elok sangat la... jangan berbuka sampai penuh meja.

    Tapi, wan anak ramai meriut... mungkin penuh meja jugak la... ekekeke...


    ReplyDelete
  2. Irfa --> memang menarik...setakat ni rasa fun je, tak stress diet haha

    Kak Izawani --> bestnya BMR akak tinggi tu. Memang penuh meja la jugak bila makan sama-sama, tapi saya selalu ajar anak makan lauk sikit je hehe...2 jenis cukup

    ReplyDelete
  3. Oooo... BMR namanya... hehehe...
    Akak nak ajar anak makan 2 lauk juga... tapi kan... anak tu citarasa lain lain... dengan abah diorang lagi... last last hampir penuh jugak meja... alahai... (ada yang suka ikan, ada yang nak ayam/daging tak makan ikan, ada yang nak sup, ada yang nak tomyam... abis tu camna ?)

    ReplyDelete
  4. Kak Izawani, kena cari jalan tengah la tu hehehe...Bawak berbincang. Tapi kalau lauk pauk banyak pun seronok jugak kan? Meriah! Hehe

    ReplyDelete