Sunday, 2 August 2015

Wanita Perlu Lebih Tidur?

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Imej: adaptasi dari artikel BHOnline



Artikel yang beri berita gembira untuk wanita :)

Tetapi hakikatnya? 

Kalau lihat perenggan terakhir artikel "....wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki...", rasanya banyak yang terbalik. Jangan marah ya. Terutama sekali wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Mengikut pengalaman dan juga pemerhatian, wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak memang tidak akan pernah cukup tidurnya berbanding lelaki. Maaf lah jika ada yang mengalami yang sebaliknya. Mereka yang mengalami pasti akan bersetuju. 

Apa-apapun, artikel ini boleh buat wanita gembira tetapi setakat itu sahajalah. Dan saya percaya ramai lelaki tak akan baca artikel ini sampai habis. Betul? Sekali lagi, jangan marah ya.

Tidak hairanlah jika kita dapat lihat ramai wanita yang moody, baran dan kurang bermaya. Mungkin salah satu sebabnya adalah tidur yang tidak mencukupi. "Dan isu ini tidak menjejaskan lelaki yang tidak cukup tidur", kata artikel itu lagi. Hmmm...jadi kalau tiba-tiba kena marah tak tentu pasal dengan wanita tu, paham-paham je lah ye? :)

2 comments:

  1. Salam sis..
    saya sokong artikel ini..hehe..

    kalau nak dikira, kekuatan fizikal wanita kurang daripada lelaki. Wanita cepat letih dan memerlukan rehat (tidur) yang secukupnya. Kalau kurang tidur memang asyik moody je..

    ReplyDelete
  2. Memang ramai wanita sokong artikel ni haha.a..
    Itu lah, sepatutnya orang ramai kena faham perempuan kalau moody mesti ada sebab dia...tak de nya nak moody tak tentu pasal :)

    ReplyDelete