Sunday, 28 June 2015

The Liar Game - satu drama

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah


Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke dua bulan Ramadhan. Sudah mula rasa tidak terliur dengan nasi. Lebih kepada kuih muih, buah-buahan dan yang pentingnya air. 

Baru-baru ini saya ada menyaksikan sebuah drama luar negara yang agak menarik. Mengisahkan tentang permainan realiti bernama "The Liar Game" di mana peserta-pesertanya diberikan wang dipendahuluan setiap level. Para peserta perlu pandai menjaga wang tersebut disamping berusaha untuk mendapatkan wang daripada peserta lain. Peserta yang memenuhi syarat-syarat permainan di level yang ditetapkan akan membawa pulang wang yang banyak sementara peserta lain akan sama ada dibuang dari permainan atau diserap masuk kembali.

Satu drama yang menguji minda saya. Formula statistik (kebarangkalian), formula matematik, ilmu saikologi, ilmu membaca bahasa badan diketengahkan di dalam setiap level permainan ini. Dan yang penting, peserta boleh lakukan apa sahaja untuk menjadi pemenang hatta menipu mahupun berpaling tadah.

Apa yang saya pelajari dari drama ini:

1 - Pelajaran matematik dan statistik yang dirasakan tidak begitu penting oleh pelajar adalah penting di dalam kehidupan, Hanya kita sahaja yang tidak perasan (saya lah tu :( )

2 - Di dalam mengejar kekayaan, ramai manusia yang sanggup menipu walaupun rakan sendiri, saudara sendiri apatah lagi orang lain (yang ini memang semua orang sudah tahu)

3 - Keikhlasan, kejujuran dan sikap pentingkan orang lain akhirnya akan membawa kepada kejayaan. (Ada satu watak yang mempunyai sikap sebegini dan beliau akhirnya menjadi pemenang utama permainan tersebut)

4 - Kepercayaan itu adalah dimenangi dan bukan dibeli. Dan memang sukar untuk mempercayai seseorang yang tidak kita kenali. 

5 - Sekali kepercayaan dimungkiri, sukar untuk kembali percaya. Dan orang hanya akan melihat satu kesalahan kita sahaja. Satu kesalahan itu mencemarkan 100 kebaikan yang dilakukan sebelum itu.

Akhir sekali, saya sangat suka melihat cara bahasa tubuh dibaca. Ingin sekali mempelajarinya, jika boleh. Mudah-mudahan.

No comments:

Post a Comment