Monday, 29 June 2015

Buku "Bersama Kesusahan Ada Kesenangan"


Gambar:  dari blog Guru ABDR



Sebuah Naskah Menyentuh Jiwa Terbitan Ustaz Fathuri
“BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN”
Sedang hangat dipasaran!!

Satu santapan rohani yang pasti akan memberi panduan . Amat sesuai untuk bacaan ilmiah di bulan Ramadhan.

BAGAIMANA MENGHADAPI KEKECEWAAN?
✦ Tiba-tiba Hilang Kerja
✦ Kehilangan orang tersayang
✦ Rasa “down” kerana masih di takuk lama
✦ Mengalami kejatuhan perniagaan
✦ Hilang punca pendapatan

Namun di sisi Allah, kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan. Sungguh! Apa jua bentuk ujian kesusahan, kesulitan, kesedihan, tekanan perasaan yang manusia lalui itu sebenarnya tidak akan kekal.

Keadaan itu pasti akan berubah. Kerana sesungguhnya janji Allah itu pasti benar bahawa "Bersama kesusahan Ada Kesenangan". Inilah yang penulis mahu kongsikan. ~Era Adlina~

“Sungguh, air mata saya sempat mengalir beberapa kali, sebaik menerima dan membaca manuskrip buku itu.” - Ustaz Fathuri

P/S:  Ini mengingatkan saya kepada pesan arwah ibu saya supaya amalkan membaca surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali setiap lepas solat untuk ketenangan. Alhamdulillah, memang hati menjadi lebih tenang dan tidak mudah melatah. Wallahuallam.


Hanya RM25 include postage semenanjung Malaysia 
RM28 postage sabah sarawak 

Untuk tempahan boleh whatsapp/sms: 016 2697664

Sunday, 28 June 2015

The Liar Game - satu drama

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah


Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke dua bulan Ramadhan. Sudah mula rasa tidak terliur dengan nasi. Lebih kepada kuih muih, buah-buahan dan yang pentingnya air. 

Baru-baru ini saya ada menyaksikan sebuah drama luar negara yang agak menarik. Mengisahkan tentang permainan realiti bernama "The Liar Game" di mana peserta-pesertanya diberikan wang dipendahuluan setiap level. Para peserta perlu pandai menjaga wang tersebut disamping berusaha untuk mendapatkan wang daripada peserta lain. Peserta yang memenuhi syarat-syarat permainan di level yang ditetapkan akan membawa pulang wang yang banyak sementara peserta lain akan sama ada dibuang dari permainan atau diserap masuk kembali.

Satu drama yang menguji minda saya. Formula statistik (kebarangkalian), formula matematik, ilmu saikologi, ilmu membaca bahasa badan diketengahkan di dalam setiap level permainan ini. Dan yang penting, peserta boleh lakukan apa sahaja untuk menjadi pemenang hatta menipu mahupun berpaling tadah.

Apa yang saya pelajari dari drama ini:

1 - Pelajaran matematik dan statistik yang dirasakan tidak begitu penting oleh pelajar adalah penting di dalam kehidupan, Hanya kita sahaja yang tidak perasan (saya lah tu :( )

2 - Di dalam mengejar kekayaan, ramai manusia yang sanggup menipu walaupun rakan sendiri, saudara sendiri apatah lagi orang lain (yang ini memang semua orang sudah tahu)

3 - Keikhlasan, kejujuran dan sikap pentingkan orang lain akhirnya akan membawa kepada kejayaan. (Ada satu watak yang mempunyai sikap sebegini dan beliau akhirnya menjadi pemenang utama permainan tersebut)

4 - Kepercayaan itu adalah dimenangi dan bukan dibeli. Dan memang sukar untuk mempercayai seseorang yang tidak kita kenali. 

5 - Sekali kepercayaan dimungkiri, sukar untuk kembali percaya. Dan orang hanya akan melihat satu kesalahan kita sahaja. Satu kesalahan itu mencemarkan 100 kebaikan yang dilakukan sebelum itu.

Akhir sekali, saya sangat suka melihat cara bahasa tubuh dibaca. Ingin sekali mempelajarinya, jika boleh. Mudah-mudahan.

Friday, 19 June 2015

Satu Puisi



Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah


Jom kita berpuisi sedikit.
Puisi boleh cipta sendiri punya. Sila isikan sendiri ayat dalam kurungan.

Puisi "Aku Adalah..."

Aku adalah (siapa yang anda ingin jadi)
Aku sering tertanya (apa yang anda musykilkan)
Aku mendengar (bunyi yang diimajinasikan)
Aku melihat (pemandangan yang diimajinasikan)
Aku ingin (hajat atau hasrat yang anda betul-betul inginkan)
Aku adalah (seperti ayat yang pertama di atas)

Aku berlagak/menyamar (sesuatu yang anda pura-pura buat)
Aku merasakan (satu perasaan yang dikhayalkan)
Aku menyentuh (sentuhan yang diimajinasikan)
Aku risaukan (perkara yang betul-betul merunsingkan anda)
Aku menangisi (sesuatu yang membuatkan anda sedih)
Aku adalah (seperti ayat yang pertama di atas)

Aku tahu (perkara yang anda tahu adalah benar)
Aku katakan (sesuatu yang anda yakini)
Aku impikan (sesuatu yang memang anda impikan)
Aku cuba (sesuatu yang anda betul-betul usahakan)
Aku harapkan (sesuatu yang anda betul-betul harapkan)
Aku adalah (seperti ayat pertama di atas)

Apa yang saya dapat dari puisi ini?

Muhasabah diri sendiri. Cuba mengenali diri sendiri. Sedalam-dalamnya.

Cubalah sendiri. 

Thursday, 18 June 2015

Ramadhan Sudah Tiba



Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Gambar: carian google

Image result for ramadhan

Bulan Ramadhan datang lagi.

Alhamdulillah, masih boleh melaluinya.

Semoga dapat mengimarahkan dengan sesungguhnya.

Ilham tiba sehari sebelum Ramadhan. Untuk blog ini. Bisiknya: "Less is More"

In sya Allah.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk Semua.




Thursday, 11 June 2015

Kaedah Ke tiga - Tukar Tabiat

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Semenjak menulis berkenaan tabiat ni, banyak pula dapat artikel, email dan pepatah yang berkaitan dengan tabiat. Yang terbaru hari tu ada ditulis "Change your ritual (habit), change your life", dan ada katun yang dilukis tentang bagaimana bertukarnya tabiat seseorang itu telah dapat merubah hidupnya daripada menjadi seorang yang pemalas dan tidak disukai ketua dan rakan sekerja kepada seorang yang disenangi dan dicalonkan untuk kenaikan pangkat.

Memang besar akibatnya bila kita menukar tabiat kita. Sebab itulah Stephen Covey pun menulis mengenai tabiat dalam bukunya "7 Habits of Highly Effective People". Dan itu adalah tujuh tabiat yang sama yang dapat dilihat ada pada semua orang-orang yang berjaya, mengikut kajian beliau. Sebenarnya banyak lagi tabiat yang ada pada orang-orang yang berjaya ni tetapi mungkin lebih spesifik kepada keadaan kehidupan seseorang itu seperti tempat tinggal, pekerjaan, demografi dan lain-lain lagi. 

Untuk kaedah menukar tabiat yang ke tiga dalam kaedah FPF, apa yang diperlukan untuk kita menukar tabiat kita adalah FOKUS. Memang fokus adalah penting. Jika kita tidak fokus, kita pun seakan tidak tahu apa yang kita buat sebenarnya. Sekadar buat semata-mata. 

Kita ambil contoh Solat. Untuk khusyuk solat, kita perlu fokuskan minda dan seluruh fizikal kita dalam melakukan solat tersebut, betul tak? Fokus pada makna setiap bacaan, fokus pada makna setiap pergerakan. Barulah kita dapat rasai kelazatan khusyuk dalam solat. Kalau tak fokus, apa jadi? Tersalah bacaan lah, terlupa dah ruku' ke belum lah dan macam-macam lagi. Pernah terjadi tak? Huhuhu, saya menulis menerusi pengalaman sendiri. Sedih juga rasanya bila kenangkan. 

Masih banyak yang boleh dihuraikan mengenai fokus ni. Akan saya selitkan di dalam entri-entri yang akan datang. 

Secara keseluruhannya, di dalam kita ingin mengubah sesuatu tabiat kita, kaedahnya boleh dirangkumkan sebagai:

1 -   Fikir apa tabiat yang ingin kita amalkan. Fikir dan fikir dan fikir. Bukan fikir dan biarkan.
2 -   Permudahkan caranya. Cuba cari cara bagaimana untuk permudahkan dan jadikannya menarik.
3 -   Fokus. Hadirkan diri. Jangan merewang ketika melakukannya.

Tak susah pun kan? :)

Ia jadi susah apabila tiada disiplin diri. Dah masuk cerita lain pula. Kita sambung kemudian lah.


Monday, 1 June 2015

Kaedah Ke 2 - Menukar Tabiat

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Bagaimana agaknya untuk aku turunkan berat badan aku yang semakin naik ini? Satu soalan yang selalu bermain dalam kepalanya. 

Selang beberapa hari kemudian, dia terlihat satu status di facebook mengenai set senaman yang boleh dilakukan oleh suri rumah untuk menurunkan berat badan. Dan set senaman tersebut hanya perlukan 20 minit sahaja sehari untuk dilakukan.

Dia mempunyai dilema yang baru. Bagaimana dia ingin selitkan 20 minit senaman itu dalam kehidupan sehariannya. Beberapa persoalan timbul iaitu:
1.  Bila ingin dilakukannya. Pagi? Petang? Tengahari?
2.  Bila mahu mula? 
3.  Boleh istiqamah atau tidak?
4.  Paling penting, rajinkah?

Dia kemudian bertanya kepada seorang rakannya yang memang diketahui menjadikan senaman sebagai salah satu tabiat. 

Rakannya itu menasihatkan:

"Jangan dikomplikasikan perkara yang boleh dipermudahkan. Memang kita manusia sukakan perkara yang mudah, senang dan menarik sahaja. Kalau susah, kita akan tinggalkan. Begitu juga untuk senaman. Permudahkanlah aktiviti senaman itu dan jadikan ia menarik supaya kita sentiasa teruja untuk lakukannya"

Itu lah kaedah ke dua di dalam kaedah FPF (atau TSF) yang telah saya nyatakan sebelum ini untuk menukarkan sesuatu tabiat iaitu Permudahkan.

Sesuatu perkara yang baru pasti akan kelihatan sukar, sulit dan seolah-olah banyak kerja untuk dibuat. Sebab kita belum biasa. Bila dah biasa kita akan terasa alangkah mudahnya sebenarnya untuk melakukan aktiviti atau tabiat tersebut. 

Di dalam contoh di atas, untuk permudahkan tabiat senaman selama 20 minit setiap hari ini, pertama sekali adalah jangan ketatkan atau adakan peraturan yang melampau. Seperti: mesti mula setiap pagi pukul 9:00. Itu boleh mengundang tekanan. Jadi lebih fleksibel. Yang penting adalah bermula, itu sahaja. 

Apabila kita sudah nekad untuk bermula, cuba kita lakukan pergerakan yang mudah terlebih dahulu. Yang mungkin boleh kita lakukan sambil buat kerja rumah ke. Yang boleh dibuat sambil sambil. Dan cuba lakukan dalam kiraan yang sedikit dahulu. Mungkin 10 kali ketuk ketampi ke dulu. Tak akan ambil masa lama pun kan? Esoknya cuba tambah lagi 2 ke, atau lagi 5 ke menjadi 15. Tambah dan tambah sehingga mencapai jumlah yang ditentukan dalam set senaman yang dilihat itu. 

Jadi secara ringkasnya, untuk contoh senaman tadi, mungkin kita boleh buat jadual sebegini:

Hari 1:
Ketuk ketampi 10 kali.
"Jumping Jack" 10 kali.
Senaman regangan 10 kali.
Cukup.

Hari 2:
Ketuk ketampi 15 kali
"Jumping Jack" 15 kali.
Senaman regangan 15 kali.
Push up 10 kali.
Cukup.

dan seterusnya. Kalau nak jadikan ia menarik, pasang lah muzik ke, atau buat bersama anak ke (kalau ada) atau macam saya kata sambil buat kerja rumah (untuk suri rumah lah ni). Sambil ketuk ketampi sambil kutip sampah, contohnya :)

Saya percaya jika kita cuba permudahkan aktiviti yang boleh dimudahkan, dan jadikan ia menarik, tidak mustahil untuk kita menjadi teruja melakukannya menjadikannya satu tabiat yang tidak akan kita ingin tinggalkan. Ia juga memberi satu cara untuk minda kita berfikir tentang bagaimana untuk menjadikannya mudah dan menarik. Elok untuk senaman minda juga :)

Jom cuba!