Wednesday, 6 May 2015

Blog Revive Day - Sentraal Station

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيمِ

Hari ini adalah "blog revive day" untuk para blogger yang dah lama tidak update entri. Meskipun blog saya ini blog yang agak baru, saya tidak lah setegar suatu ketika dahulu. Kalau dulu, tiap hari mesti update blog. Sebelum masuk kelas pergi mengajar, tulis blog dulu. Perkara pertama yang dibuat sebaik sahaja buka komputer, mesti tengok blog dulu. 

Siap tulis blog, pergi melawat blog-blog pula. Satu persatu blog dilawati. Ada blog saya tinggalkan komen, ada pula saya hanya jadi pembaca senyap sahaja. Kenapa senyap? Segan. Tulisan mereka sangat hebat. Saya terasa kerdil. :(

Dulu saya sering blog mengenai aktiviti harian, dengan anak-anak, dengan kerja (waktu tu saya masih jadi pensyarah, sekarang dah jadi eksekutif rumah tangga), sekarang saya sering kongsikan aktiviti saya di dalam percubaan untuk menjadi seorang insan yang lebih baik (in sya Allah). Dah nama blognya pun pembangunan kendiri. Sebab hidup kita ini segala-galanya adalah satu pelayaran. Destinasinya akhirat yang abadi. 

Sekarang juga, untuk update blog saya perlu selesaikan kerja-kerja saya sebagai eksekutif rumah tangga tu dulu. Seawal pagi menjadi supir menghantar anak-anak ke sekolah. Kemudian urusan di dapur. Urusan kemas baju, basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju (kalau lah ada mesin yang boleh buat semua ni). Tengahari pula menghantar anak sekolah petang, ambil anak sekolah pagi. 

Semasa saya mula blogging, anak masa tu baru 4. Sekarang sudah 8. Seorang dah masuk asrama lepas SPM. Yang lain masih sekolah kecuali yang bongsu umur 4 tahun. Dan sejak saya berhenti kerja, bibik pun dah tak ada. Jadi agak kelam kabut juga jadinya sehari-hari. 

Saya selalu tertanya bagaimana caranya untuk saya optimumkan masa saya sehari-hari supaya saya dapat lakukan banyak kerja tanpa buang masa. Terfikir juga saya untuk "time" kan kerja-kerja saya. Pakai jam randik. Tengok berapa lama saya guna untuk siapkan sesuatu kerja. Teringat pulak suatu ketika dahulu saya pernah lukis pelan rumah saya dan fikir macamana nak kemas rumah dengan cepat dengan melihat pelan tu. Mana nak mula dulu, lepas tu pergi mana. Haha. Akhirnya pelan tah ke mana, kerja tetap menimbun.

Apa-apa pun, setiap yang kita buat itu, kalau ikhlas dan niat kerana Allah, tak ada la rasa berat atau banyak sangat pun. Cuma sebagai manusia ni kadang-kadang "jahat"nya tetap ada. Sibuk nak komplen. Hehe.

Sudah update blog ni, boleh la pergi jalan-jalan blog lain dalam Sentraal Station tu. Dan boleh juga mula letak pautan blog-blog tersebut di sebelah ni nanti. Moga semua blogger Sentraal Station akan kembali menjadi blogger tegar seperti suatu ketika dahulu. Ameen.


8 comments:

  1. Kak wan.. upgrade la domestic engineer. Ehehe
    teruskan kongsi ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Domestic Engineer eh? Rasanya macam banyak lagi....engineer ada, doktor ada, chef ada, tukang urut pun ado jugops hahahaha...

      Delete
  2. Kak wan.. upgrade la domestic engineer. Ehehe
    teruskan kongsi ilmu..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Oren!!!! Lama betul jugak akak tak blog hop ke blog oren ni...jom jom kita pi :)

      Delete
  4. Di pejabat ~ ada SOP yang boleh diikut seperti resipi, dan subordinates yang boleh dikerah itu ini itu ini. waktu rehat dan tamat kerja.

    Di rumah - tiada SOP bertulis, tiada subordinates (yang ada anak-anak yang tidak sentiasa boleh dikerah itu ini itu ini, atau hasil kerjanya menepati KPI). Tiada juga waktu rehat yang khusus (yang ada waktu curi-curi rehat sambil lipat kain). Waktu tamat kerja hanya apabila tamat hayat.

    Aduhai, tabik spring pada mereka yang bertugas di rumah. Tak calang-calang orang yang boleh melakukannya - jiwa kena kental, hati kena teguh, tinggi suhu didih serta rendah suhu bekunya

    Salam perkenalan, salam penuh hormat,
    Ood aka Sang Maya

    ReplyDelete
  5. Cik Sang Maya - Bab SOP tu memang betul. Kena pandai-pandai sendiri lah bila dah kerja di rumah ni. Dan memang kena selalu butakan mata, pekakkan telinga haha.
    Terima kasih sudi ke sini. Salam Perkenalan juga. :)

    ReplyDelete