Wednesday, 3 December 2014

Keseimbangan Kehidupan

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Gambar: carian google



Memang benar hidup kita ini adalah seimbang. Sentiasa ada pasangannya. Dalam gembira, ada sedihnya. Dalam senang, ada susahnya. Kita harus sedar dan sedia menerima. 

Sebab itu orang lama mencipta pepatah "Langit tidak selalunya cerah". Kita harus terima hakikat itu dan belajar menjadi redha dengan segalanya.

Itu lah yang dinamakan berfikiran positif. Berfikiran positif bukan sekadar memikiran perkara yang baik sahaja. Tetapi sebaliknya fokus kepada yang baik, dalam masa yang sama sedar bahawa pasti ada pasangannya. Begitu juga jika kita ditimpa musibah, cuba cari apa hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kerana hikmah itu pasti ada. 

Satu contoh: 
Kita tersilap membeli satu barang secara online. Mungkin kerana ia kelihatan seperti barang yang kita perlukan pada hal bila ia sampai, ia bukanlah yang kita perlukan. Harga barang itu pula agak lumayan. Kita terasa rugi kerana telah menghabiskan sejumlah wang untuk membeli barang yang kita tidak perlu. 
2 hari kemudian, seorang sahabat bertanyakan kita mengenai barang yang kita tersalah beli itu. Dan beliau mengatakan ingin membeli barang tersebut daripada kita dengan harga yang sama. 
Di situ, kita telah dapat beberapa perkara iaitu:
1.  Dapat balik duit yang kita habiskan itu
2.  Dapat menyelesaikan masalah sahabat kita
3.  Boleh menjadikan ikatan persahabatan makin rapat.
Pernahkah perkara seumpama ini terjadi kepada anda? 

Maka, jangan lah terlalu bersedih jika mengalami masalah, kerana ianya pasti akan berlalu. Dan selalunya, jika kita bersabar dengan musibah yang menimpa, kebaikan yang datang bukan satu tetapi berganda-ganda. Saya memang percaya akan perkara itu. Wallahuallam.


2 comments:

  1. Disetiap kesukaran pasti ada kemudahan insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Betul Mama Bat...Allah dah bagitau dah...dah banyak kali dah melaluinya...boleh kata setiap hari memang alami cuma dulu tak perasan...sekarang bila dah kertu ni semua benda nak sensitif hehehehe

    ReplyDelete