Friday, 10 October 2014

Sedap nya Goreng Pisang Itu

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Gambar: carian google

Semalam saya membeli kuih di gerai dekat sekolah anak. Ada seorang pembeli yang membeli goreng pisang, dan meminta kerak-kerak gorengan diisi lebih sikit.

Teringat pula saya suatu ketika dahulu. Saya lah orang nya yang memang amat menyukai kerak goreng pisang. Makan seperti makan nasi. Tak dapat goreng pisang pun tak apa masa tu. Memang sedap.

Tapi sekarang, tidak lagi. Semenjak saya membaca kisah peniaga goreng pisang yang menggunakan plastik untuk merangupkan goreng pisang mereka, selera saya kepada kerak goreng pisang terus hilang.

Agak terkilan juga memikirkan nasib generasi akan datang. Disebabkan kerakusan sesetengah pihak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata, mereka mungkin tidak lagi dapat menikmati nikmat kehidupan seperti yang kita semua pernah nikmati. Pelbagai penyakit pula yang mula timbul. Alangkah bagusnya jika semua peniaga kekal mengamalkan cara perniagaan secara islamik. Betul tak?



2 comments:

  1. plastik? dia buat macam mana?
    oh ya...saya suka tajuknya. senyum sorang baca.

    ReplyDelete
  2. Kisah ni dah agak lama sebenarnya saya dengar. Dia cairkan plastik dan goreng dengan pisang serta tepung. Katanya kalau nak tahu keraknya ada campur plastik atau tidak, cuba nyalakan api pada kerak tersebut. Kalau menyala, tandanya ada plastik. Wallahuallam.

    ReplyDelete