Tuesday, 1 July 2014

Rezeki 3 Ramadhan

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Sungguh memenatkan hari ini. Lepas sahur terus bergegas menghantar anak sekolah. Kemudian bersiap untuk ke IKBN Kuala Langat bagi mendaftar anak yang sulung masuk belajar. Dia mendapat jurusan yang diminati beliau. Mudah-mudahan dia akan sukses dengan cemerlang nanti.

Urusan pendaftaran, taklimat ibu bapa, daftar masuk asrama semua tu berakhir pada waktu tengahari. Semasa ingin meninggalkan dia, terasa semacam la pula. Maklum saja, ini kali pertama anak masuk asrama. Sebelum ni mana pernah berenggang. Maksud saya dia tidak pernah tidak tidur di rumah. Terasa jugak risau sewaktu ingin meninggalkannya. Saya rasa semua ibu juga merasa demikian. Betul tak? Tetapi digagahkan juga, ditabahkan hati melangkah pergi dari asrama tersebut.

Bersambung pula dengan menghantar stock seafood frozen ke Puncak Alam. Dan kemudian ke PJ untuk menghantar suami pergi mesyuarat. Saya diminta memandu kereta balik ke rumah. Suami akan balik dengan menumpang kawannya yang ikut serta bermesyuarat nanti. Sampai sahaja di rumah, bergegas pula membeli lauk untuk di masak. Tetapi disebabkan waktu dah petang, lauk mentah tinggal sedikit sahaja. Terpaksa saya meminta anak saya membeli satu lagi lauk tambah di bazar Ramadhan dekat rumah. Yang selebihnya nanti saya masak. Dengan simplenya.Hehe.

Sedang memasak, tiba-tiba saya didatangi tamu. Tetamu datang untuk menghulurkan 10 bungkus nasi lemak daun pisang yang beliau buat sendiri. Rupanya beliau sudah terlebih dahulu mengambil daun pisang dari rumah kami semasa kami tiada di rumah tadi. Dia memang ada minta untuk ambil daun pisang tu dari suami saya. Pokok pisang kami tu memang agak subur, alhamdulillah. Setiap kali naik pokok mesti 3,4 pokok yang naik sekaligus. Bila ditebang, dia naik yang baru. Dari ia mereput begitu sahaja, baik juga orang ambil daun pisang tu, dapat juga beliau manfaatkan. 

Tak lama selepas itu, jiran hadapan pula datang memberikan kuih. Malu juga saya sebab tidak dapat membalasnya. Maklum aja, nak masak pun yang simple aja. Apatah lagi nak buat kuih. Tak sempat. In sya Allah satu hari nanti akan saya balas juga.

Dari tidak banyak lauk untuk dimakan tika iftar, tiba-tiba menjadi sangat banyak makanan sehingga kami pasti kami tidak akan dapat menghabiskannya. Simpan untuk sahur pula. Inilah yang dikatakan jika Allah ingin kurniakan rezeki, sekelip mata sahaja kita boleh dapat. Saya rasa sangat terharu dan bersyukur. Rezeki anak-anak murah hari ini. Mungkin juga kerana kita memberi terlebih dahulu. Sudah dijanjikan juga, sedikit kita beri, banyak yang Allah ganti. Subhanallah. Jadi sentiasalah cuba untuk menjadi "tangan yang di atas", betul tak?

2 comments:

  1. Salam kak wan...

    Seronok kan rasanya bila ada jiran-jiran yang sudi berkongsi juadah iftar, saya juga amat bersyukur di kelilingi jiran tetangga begitu, namun betullah kata kak wan kadang kala timbul perasaan malu bila saya tidak dapat membalas juadah mereka, yerlah masakan saya juga simple2 sahaja,di sebabkan saya seorang WAHM banyak masa di habiskan untuk mengurus Kedai Online saya, kebiasaannya saya membalas dengan buah-buahan dan sayuran segar untuk mereka, dan alhamdullilah mereka amat memahami saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...sekarang makin terasa bila banyak order yang perlu dipenuhi. Walaupun promosi kita online tapi perkhidmatan lepas promosi tu masih perlu dilakukan secara fizikal. :)

      Delete