Thursday, 12 June 2014

Yang Sebenarnya....

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Selalunya yang kita rasa:
"Hari ni tiada selera nak makan"
Apa yang sebenarnya adalah:
"Tadi saya telah tersilap menghantar email kepada pelanggan yang menyebabkan pelanggan merasa tersinggung"

Kadang-kadang kita rasa:
"Penatnya hari ni. Tidak cukup tidur agaknya"
Apa yang sebenarnya adalah:
"Usaha aku tidak ada orang tahu. Yang mereka tahu hanya apa yang aku tak buat sahaja."

Kita juga ada merasa:
"Anak aku tidak mendengar nasihat aku"
Apa yang sebenarnya adalah:
"Aku tidak dapat mempertahankan diri aku. Mereka hanya lihat apa yang mereka ingin lihat sahaja"

Pernah tak terjadi sebegitu kepada anda? Ada masanya sesuatu masalah itu sebenarnya adalah berpunca daripada masalah yang lain. Pernah tak kita duduk dan fikirkan punca kepada segala perasaan, permasalahan yang kita hadapi? Seperti kata orang putih "Find the root cause". Teliti masalah hingga ke akar umbinya. Jika kita tahu masalah yang sebenar-benarnya, barulah mudah untuk kita selesaikan. In sya Allah.

No comments:

Post a Comment