Tuesday, 3 June 2014

Seronok betul

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Semalam tak sempat menulis apa-apa. Sibuk (konon nya) dengan urusan rumah tangga dan kerja-kerja di luar rumah. Walaupun anak-anak cuti sekolah, tetapi ibu nya tetap tidak bercuti, betul tak? Semakin bertambah kerja ada lah hehe. 

Seronok juga semalam sebab ada beberapa pertanyaan dari rakan-rakan mengenai Akademi Bekerja Di Rumah ni. Sambil memasak menjawab pertanyaan yang diajukan. Keluar ke pekan untuk membeli barangan dapur. Sampai di mall, pun ada juga yang bertanya melalui telefon. Sempat juga berbicara sebentar. Itu rupanya keseronokan bekerja di rumah kan? Sambil buat kerja harian, in sya Allah kalau ada rezeki tetap dapat cipta pendapatan. 

Bacaan buku Super Wahm Super Mom juga dah hampir ke penghujungnya. Akan saya kongsikan pendapat dan pengajaran yang saya dapat dari buku tersebut nanti. Terimakasih kepada cikgu serta rakan niaga di ABDR. Saya dapat merasakan yang network ini sangat bagus dan tidak rugi saya berada di dalam kelompok sebegini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment