Saturday, 7 June 2014

Nasi Arab dah boleh DiMasak Sendiri

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Gambar: simpanan peribadi

Sekali lagi tidak dapat menjengok blog ini semalam. Saudara datang dari kampung. Rasa rindu pulak nak mencatit kat sini. Kalau dulu, tak ada idea nak tulis, maka blog sentiasa bersawang hu hu. Apa pun, penangan blog hasil dari belajar ni memang lain sikit hi hi.

Sambung balik cerita. Saya memang seorang suri rumah yang tidak lah begitu pandai memasak. Selalunya kalau ada saudara datang dari kampung, pasti saya akan resah dan risau apa nak masak. Dahsyat kan? Tetapi, alhamdulillah, secara kebetulan sehari sebelum tu suami saya balik dari mesyuarat beliau di KL beliau bawa balik ini.....

Ya, yang ada dalam pakej projek buat duit raya tu. Memang sebelum ni pun saya dah pernah cuba buat nasi ni dan alhamdulillah, suami dan semua anak-anak suka. Jadi memandangkan barangan sudah ada, saya hanya perlu pergi beli sayuran untuk ulamnya sahaja, maka saya buat keputusan untuk menjamu saudara saya itu dengan nasi arab dari Al Bayt ini.

Kena fikir pula banyak mana nak masak. Untuk keluarga saya sahaja saya kena masak 2 kotak dengan seekor ayam. Saudara saya datang ber tujuh - suami dan isteri serta 5 orang anaknya. Jadi sekali lagi buat keputusan untuk masak 4 kotak dengan 2 setengah ekor ayam. Dan saya tak ada periuk besar. Maka terpaksa gunakan 3 periuk ha ha ha. 

Setelah berhempas pulas di dapur, akhirnya terjadilah nasi mandy nya. 




 Salah satu periuk nasi nya. Saya masak masukkan ayam sekali gus ke dalam nasi. Tidak memanggang. Keluarga lebih gemarkan macam tu.
Sambal dengan sayurnya. Anak-anak saya yang kecil tidak makan sambal dan sayur ni. Mereka cakap nasi saja sudah cukup. Mungkin sebab rempah nasi ini sudah cukup sedap. 











Alhamdulillah, semua tetamu saya itu suka akan nasi arab tu. Sampai bertambah-tambah. Sungguh seronok hati saya. Ya lah, kalau sebelum ni saya lebih kerap ajak mereka keluar makan di luar atau saya beli aje lauk yang dah masak. Saya masak nasi aje. Begitulah bila tak pandai sangat masak. Takat masak untuk anak-anak OK lah. Anak-anak memang selalunya akan suka masakan mak mereka kan walaupun tidak sesedap mana haha. Tapi sebab kali ni saya betul-betul masak dari A sampai Z dan mereka pula suka, saya memang seronoklah.

Terimakasih Al Bayt. Memang memudahkan. Jom pakat-pakat beli di http://projekduithariraya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment