Wednesday, 4 June 2014

Minuman Kesihatan

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Gambar:  simpanan peribadi


Pernah dengar tentang Hukum Tarikan (Law of Attraction)? Ia mengatakan bagaimana kita akan menarik apa sahaja yang kita sedang fikirkan. Jika negatif yang difikirkan, maka kita akan sentiasa mendapat perkara yang negatif. Begitu juga sebaliknya. Sebagai orang Islam, saya percaya benda ini boleh berlaku tetapi hanya dengan izin Allah. Ilmu Allah kita hanya tahu setakat yang dikurniakan oleh Allah sahaja, selebihnya hanya Allah yang lebih tahu. 

Kenapa tiba-tiba bercerita mengenai hukum tarikan? Seperti yang saya katakan, jika kita memikirkan perkara yang positif, in sya Allah perkara positif lah yang akan kita perolehi. Semenjak saya menyertai ABDR ini, memang semangat saya menjadi lebih tinggi dari biasa. Di tambah pula bila melihat banyak produk yang boleh saya ketengahkan. Dan Cikgu Anys semalam juga membenarkan kami menyertai projek buat duit di hari raya, semakin banyak benda yang boleh saya promosikan. Sangat teruja.

Di dalam keterujaan itu, tiba-tiba suami saya balik dari berjumpa sahabat nya yang mempunyai kilang membuat produk berasaskan herba, membawa balik satu lagi rangkaian produk yang boleh kami promosikan. 

Produk ini masih lagi baru, akan dilancarkan pada 16hb Jun ini nanti secara besar-besaran. Kami beruntung kerana mendapat pendedahan mengenai produk ini terlebih dahulu dan kami juga diberi mandat untuk memasarkan produk ini juga. Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya mengenai produk ini. 

Beginilah rupa produk tersebut. Merupakan minuman kesihatan yang boleh terus diminum tanpa perlu dibancuh. Ianya sifar gula tetapi mengandungi stevia yang tidak memudaratkan kesihatan. Datang dalam tiga pilihan iaitu:

1.   Excelife Fresh Rejuvenate (Botol Hijau)
  • Dirumus khas untuk mengembalikan kesegaran selepas bekerja sepanjang hari.
  • Mengandungi kolagen, aloe vera, ceri acerolla dan epal hijau.
  • Memandangkan ia mengandungi kolagen, pasti kelebihannya adalah untuk mengembalikan keremajaan kulit. Juga baik untuk rambut dan kuku. Perisanya adalah epal hijau. 


2.   Excelife FIT Stimulate (Botol Ungu)
  • Berfungsi memberi tenaga yang lebih dalam melakukan kerja seharian. Khas untuk lelaki sahaja.
  • Membantu membakar lemak seawal 14 hari.
  • Memberikan bentuk tubuh badan yang diidamkan.
  • Mengandungi guarana, acai beri dan garcinia.
  • Berperisa anggur.


3.  Excelife FIRM Intimate (Botol Pink)
  • Membantu pengedaran darah yang lebih baik. (Khas untuk wanita)
  • Memberikan tenaga untuk kerja-kerja seharian.
  • Mengandungi manjakani, serapat, sireh dan goji.
  • Berperisa strawberry.

Harganya tidak mahal. Hanya RM3.50 sebotol. 

Saya sudah mencubanya untuk kedua -dua Firm Intimate dan Fresh Rejuvenate. Sedap rasanya. Dan memang ia memberikan kepada saya tenaga walaupun hanya baru 2 hari saya meminumnya. In sya Allah, selepas 14 hari kalau saya tidak lupa, sebarang perubahan yang saya dapat rasakan akan saya kongsikan di sini. 

Mudah-mudahan usaha saya ini akan mendapat keberkatan dari Allah dan dikurniakanNya rezeki bagi kami sekeluarga. Amiiin. Doakan saya juga ya?








No comments:

Post a Comment