Monday, 9 June 2014

11 Jenis Individu dan Duit

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah


Terdapat 11 jenis individu yang boleh dikaitkan dengan duit. Bergantung kepada cara penggunaan dan cara kita berfikir tentang duit. Apakah 11 jenis itu? Jom kita tengok:

1)  Jenis yang menonjol/mewah - adalah individu yang mementingkan jenama. Kalau berbelanja mesti mencari jenama yang terkenal. Dalam fikirannya "Siapalah aku tanpa barang berjenama"

2)  Jenis yang merasa bersalah - selalu memberi duit kepada orang lain kerana terpaksa atau untuk disukai, disayangi. 

3)  Jenis yang merasakan jijik/keji - percaya bahawa duit itu adalah "kotor". Kerana duit, semua perkara jahat akan berlaku. Selalunya mereka ini akan berbohong dengan jumlah duit yang dia ada.

4)  Jenis yang dramatik - secara tanpa sedar menggunakan duit untuk memberikan emosi yang kuat dalam diri contohnya untuk rasa gembira, untuk menghilangkan tekanan dan yang seumpamanya. 

5)  Jenis yang "dependent" - bergantung kepada orang lain untuk dapatkan duit. Tidak percaya pada diri sendiri. Merasakan diri sendiri tidak layak untuk menerima duit yang banyak. Maka, sentiasa akan menunggu orang lain menyediakan duit untuknya.

6)  Jenis yang tidak pernah puas - menggunakan duit untuk menghilangkan rasa kekosongan di dalam diri. Seakan-akan jenis yang dramatik. Pernah dengar tak orang kata "Shopping is a stress reliever"? Haaa...inilah orangnya.

7)  Jenis yang terpisah (detached) - tidak tahu mengenai kesan duit terhadap sesuatu. Langsung tidak ambil peduli tentang duit sehinggalah dia mendapat masalah yang memerlukan duit untuk selesaikannya. 
Note: Ada ke orang yang macam ni ya?Kalau budak-budak tu logik jugak la...

8)  Jenis yang mengawal - seorang yang sangat cerewet. Sentiasa takut duit akan habis. Bukan duit dia yang dia takut habis, tapi duit secara amnya. Dia risau kalau dia tak buat, dia tak ambil duit tersebut, maka peluangnya akan hilang. Contoh: Dia buat bisnes air, kemudian dia tengok ramai pula orang yang buat bisnes yang sama. Dia risau rezeki dia akan tersekat. Risau duit akan pergi kepada orang lain dan dia tak akan dapat lagi duit tu sebab dah habis. Begitulah lebih kurang contohnya.

9)  Jenis yang menghukum - dia menghukum diri sendiri. Mungkin kerana masalah di zaman silam yang disebabkan oleh duit. Maka, baginya dia tidak berhak mendapat duit sampai bila-bila.

10)  Jenis yang risau - selalu risau tentang duit. Walaupun dah dapat duit yang banyak, dia risau pula bagaimana nak simpan, bagaimana nak belanjakan dan takut duit akan habis. 1001 macam risaulah.

11)  Jenis yang penyayang - sangat faham apa duit itu sebenarnya dan tahu memanfaatkannya.

Nah, ini semua hanyalah pengkelasan yang dibuat berdasarkan pemerhatian dan juga tinjauan. Tidak semestinya ia 100% tepat dan benar. Walau bagaimana pun mungkin kita pernah berjumpa dengan orang-orang seperti yang diterangkan, atau mungkin kita sendiri pernah menjadi seorang yang mempunyai salah satu ciri tersebut. Apa pun ini adalah untuk hiburan semata-mata dan jangan dipercaya bulat-bulat. :)

No comments:

Post a Comment